TASIK BIRU, BAU.
Gambar dari tepi tasik.
WIND CAVE (GUA ANGIN), BAU.
Tempat beristirehat di luar pintu masuk Gua Angin.
Lebih dikenali sebagai Lubang Angin oleh masyarakat setempat. Ianya mengambil masa selama 7 minit dari Pekan Bau manakala 58 minit dari Bandaraya Kuching untuk ke Wind Cave. Ianya terletak pada 3 kilometer dari Pekan Bau manakala 48 kilometer dari Bandaraya Kuching dengan menggunakan kereta untuk ke Wind Cave. Di dalam gua tersebut terdapat laluan udara yang kemungkinan menyebabkan tercetusnya nama gua tersebut.Ianya terletak di sebelah Sungai Sarawak Kanan dan mempunyai air sungai yang sangat sejuk. Ianya juga mempunyai keindahan pemandangan yang semulajadi. Ianya juga merupakan tempat yang ideal untuk berkelah dan berekreasi. Kebiasaannya pada hujung minggu ianya akan dipenuhi oleh penduduk setempat bersama keluarga untuk berkelah dan barbeku.
Laluan udara di dalam gua angin.
Fairy Cave (GUA FAIRY), BAU
Laluan tangga di dalam Gua Fairy.
Patung budak lelaki yang disumpah menjadi batu.
Pemandangan di dalam Gua Fairy
Gua Fairy terletak pada 8 kilometer dari Pekan Bau manakala 51 kilometer dari Bandaraya Kuching. Ianya mengambil masa selama 1 jam 9 minit dari Bandaraya Kuching manakala 13 minit dari Pekan Bau dengan menggunakan kereta. Di dalam gua tersebut terdapat burung walit dan juga kelawar. Anda perlu menaiki tangga untuk masuk ke dalam gua tersebut.Ianya sangat gelap dan perlu berbekalkan lampu suluh. Di dalam gua tersebut terdapat juga tempat Cina beribadat dimana terdapatnya kuil Buddha. Terdapat juga aktiviti pengumpulan sarang burung dijalankan di dalam gua ini. Di samping itu, terdapat batu yang menyerupai manusia, kononya pada zaman dahulu terdapat sebuah kampung yang berdekatan dengan Gua Fairy dimana masyarakat tersebut masih mengamalkan Adat Bidayuh Lama. Menurut lagenda, patung tersebut merupakan manusia yang telah disumpah berikutan peristiwa mentertawakan kucing yang dipakaikan pakaian manusia. Kucing tersebut merupakan milik seorang budak lelaki yang pergi ke suatu pesta diadakan di perkampungan tersebut.
Serikin, Bau.
Serikin terletak berhampiran dengan sempadan antara Sarawak dan Kalimantan Indonesia. Ianya terkenal dengan pusat membeli belah para pelancong. Antara barang yang dijual di Serikin adalah seperti makanan kering, buah tempatan, kraf tangan yang diperbuat daripada kayu dan rotan serta tikar kasah Bidayuh. Tempat ini memang terkenal dengan tumpuan pelancong dimana pelancong dapat membeli belah dengan harga yang murah dan dapat tawar menawar harga barang. Kebanyakkan peniaga yang berniaga di Serikin adalah berasal dari Indonesia. Ianya mengambil masa selama 1 jam 15 minit dari Bandaraya Kuching manakala 25 minit dari Pekan Bau dengan menggunakan kereta. Ianya terletak pada 66 kilometer dari Bandaraya Kuching manakala 20 kilometer dari Pekan Bau.
REDEEMS SINGAI, BAU.
Baruk Bidayuh di REEDEMS, Singai.
Rumah panjang Bidayuh di REDEEMS, Singai.
Dewan di REDEEMS, Singai.
GUNUNG SINGAI, BAU.
Pemandangan Gunung Singai dari bawah gunung.
Amphitheater di atas Gunung Singai.
Tangga untuk naik ke atas Gunung Singai.
Pemandangan dari puncak Gunung Singai.
Siniawan Night Market, Bau.
Siniawan Night Market terletak jauh dari pusat bandar. Ianya mengambil masa selama 48 minit dari Bandaraya Kuching dan 11 minit dari Pekan Bau menggunakan kereta. Ia merupakan lot kedai yang dibina daripada kayu. Majoriti penduduk yang tinggal di Pekan Siniawan ini adalah masyarakat yang berbangsa Cina. Ianya juga merupakan salah satu tempat tarikan pelancong di mana pada setiap hujung minggu iaitu Sabtu dan Ahad serta pada hari Jumaat petang terdapat pasar malam dibuka di Pekan Siniawan. Di pasar malam tersebut terdapat gerai makanan yang dibuka kepada pengunjung yang datang. Terdapat berbagai jenis makanan yang dijual contohnya seperti kuih muih tradisional Cina, Melayu dan Bidayuh, ais kacang dan banyak lagi. Selain itu, ianya juga merupakan tempat yang unik untuk mengambil gambar. Banyak jurugambar yang mengambil peluang untuk berkunjung ke sini terutamanya untuk mengambil gambar perkahwinan. Di belakang lot lot kedai, terdapat sebuah sungai yang pernah menjadi laluan utama untuk ke Kuching menggunakan sampan pada zaman dahulu. Kini laluan sungai masih digunakan bagi penduduk kampung di seberang untuk ke Pekan Siniawan dengan menggunakan sampan.