Asal Nama Bau
Daerah Bau terletak pada 35 kilometer dari Kuching. Pada suatu ketika dulu masyarakat menggunakan sampan untuk ke Pekan Bau dan jalan penghubungnya adalah melalui Sungai Sarawak Kanan. Ianya mengambil masa sehari untuk sampai ke Pekan Bau. Namun demikian, setelah adanya jalan darat sebagai penghubung ke Bau, ianya hanya mengambil masa 30 minit dari Kuching untuk ke Pekan Bau. Majoriti kaum yang mendiami daerah Bau ini adalah masyarakat kaum Bidayuh dan diikuti oleh masyarakat kaum Cina dan Melayu.
Nama asal Bau adalah "Upper Sarawak" iaitu lebih dikenali sebagai "Ulu Sarawak". Manakala, nama Pekan Bau pula dikenali sebagai "Mau San" atau "Bukit Mau". Dalam bahasa masayarakat kaum Cina Hakka "Mau San" bermaksud "Hat's Mountain" atau " Gunung Topi". Selain itu juga, ada juga yang mengatakan nama "Bau" diberi disebabkan suatu ketika dahulu berlaku pemberontakan yang menyebabkan ramai yang terkorban. Oleh yang demikian, mayat yang terkorban tersebut menghasilkan bau yang busuk da tidak menyenangkan. Seterusnya, orang yang lalu di situ menyebut "Bau, Bau, Bau". Lalu tempat itu disebut "Bau".